Thursday, July 23, 2009

Monarto Zoological Park



Minggu lepas (18 July 2009) setelah hampir seminggu berkurung dalam rumah (masing-masing demam) kami menyertai rombongan beriadah di hujung minggu. Heheh sapa lagi kalo tak geng2 biasa la...Ni pun mungkin perancangan emergency...tetiba jer nak pergi jalan2...Kalau ikut perancangan kami sepatutnya ke Victor HArbor pada hari khamisnya tu, tapi disebabkan kesihatan yang tak ok, terpaksa lah kami menarik diri...mmm best juga tu 2 malam bermalam di Victor Harbor. KAlau tak, sebelum ni kami hanya pergi balik hari jer...mmm tak pelah...kalo ada masa nanti, sampailah lagi sekali...

Perhentian pertama : Boleh tgk zirafah secara dekat sepatutnya, tapi waktu ni zirafah nun jauh dihujung sana....




Perjalanan ke Monarto zoo tak delah jauh sangat, lebih kurang sejam dari adelaide melalui princess highway. Tapi tiket masuknya agak mahal juga (bagi kami...hikhik)...$26 dewasa dan $15 kanak-kanak. Tapi ada diskaun untuk concession (student etc) dan under 4 years, free je. Keluasan zoological park ni 100 hectares, tapi jangan risau sebab memang disediakan shuttle bus. So naik jer bas habis cerita...tak penat. TApi kalo nak jalan kaki pun trek disediakan...lebih adventure...!


Dalam perjalanan mengelilingi zoo disediakan perhentian, so kami berhentilah kat perhentian zirafah, cheetah dan singa. Biasalah anak2 mesti excited tgk haiwan2 ni semua...real! TApi yang tak bestnya semua hanya boleh dipandang dari jauh...sayup mata memandang....tapi ok lah kan...kalo tak, mau diterkamnya kami...ikut penerangan, cheetah hanya diberi makan 2 kali seminggu...hahah bayangkan... mesti lapar gila...mmm tgk plak banyaknya daging manusia....yum yum....hikhik








Sebelum bertolak pulang kami berhenti makan dan rehat kat Murray Bridge...tak jauh dari sini. Kebetulan pula kat Murray Bridge (Oldswan port road) ada masjid...senang la kami berhenti sembahyang kat sini. Alhamdulillah...selesai semua, selepas MAghrib kami bertolak pulang....

No comments:

Post a Comment