Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

Goolwa Beach

From Goolwa Beach...


Cerita esoknya…selepas Aldinga Beach...

HAri ni kami repeat lagi…tapi kali ni ke Pantai lain plak..cari cockle…ke pantai Goolwa , tapi hari ni kami kongsi kereta…disebabkan kereta kami mengalami masalah sikit. MUngkin disebabkan kereta sangkut dalam pasir semalam…tak berani la gak nak bawak jauh2…kitarong pergi tak ramai…dalam 4 famili ajer….dalam kol 11 kitorang gerak…

Cuaca elok hari ni…tak hairanla kalau ramai yang mandi-manda…kat sini ombak bleh tahan kuat. So ramai la yang surfing…mmm tengok diorang surfing besh jer…kecik2 lagi dah diajar surfing…bagus betul diorang nie…mmm hari ni cuaca terlalu windy…sejuk tapi cuaca elok…

Humaira cam biasa la…excited sungguh. Mungkin teringat semalam tak habis lagi kot…syok la tue main ombak…siap mengejar ombak dan di kejar ombak lagi…senang hati tengok dia…

Tapi hari ni lagi best siap berguling2 dalam pasir lagi..tak tahan betul…Cuma dia senyap jer lepas kena pukul ombak…ngan ibu2 dia sekali…terkejut sat…dah siap2 mandi…makan…ingat kan dah tak nak main…apanya…masih lagi teringin nak menuju ke pantai…hai…budak2…apa diorang tahu kan….?

Kami ber BBQ…seronok…sambil mencari cockle…tapi tak banyak…mungkin di sebabkan air pasang…tapi bukan setakat kami sahaja yg dok tergali2 pasir…agaknya kebanyakakan yg datang sini pun ader niat mencari cockle sambil mandi2 dan surfing…mmm

Lepas Asar kami bertolak balik…tapi sambung lagi dinner dan ber BBQ kat rumah KAk Aisyah…hai…hari yang panjang tapi menyeronokkan…terima kasih kawan2 semua…..daaaaaa
Posted by Picasa

Tuesday, April 28, 2009

Aldinga Beach


Cuti Easter lepas…orang dok sibuk sambut Easter, kami pun pegi la berjalan..makan angin..ambil udara sejuk kat pantai…(tapi pemandangan tak sejuk…hehhe). Almaklumla…kedai kebanyakkan nya tutup…lagipun sekolah pun cuti…2 minggu. Si kecik tu pun tak dela kelas…

Hari sabtu (11 April 2009) tu kami ke Aldinga Beach… kami keluar pagi2 lagi..pukul 7 masing2 dah berkumpul ditempat yang ditentukan…Aldinga beach ni tak delah jauh sangat…Agak2 sejam kot..Aku pun lupa nak tgk jam….hehehe…tapi yang bestnya sepanjang perjalanan, ader jer garage sale…hahaha mana2 yg kaki garage sale tu, melilau jer mata dan tensen la sikit sebab hari ni tak berpeluang untuk bergarage sale…hehhehe…ni first time kitorang sampai sini...memang lawa pantai ni…dan kami dibenarkan untuk parking hingga ke persisir pantai…sedekat mana yg kereta kami mampu….ada can la nak mandi laut hari nie…

Pemandangan sebelum sampai ke tempat piknik...

dah sampai..mencari lokasi yang sesuai nak pasang khemah...

Ni khemah baru diorang beli...so tak tau la pasang camner...terpaksa la rujuk manual...nasib baik la ramai pakar2 engineer kita...hehe

Dah siap...

mmm...tengok la bekalan makanan..ni sampai esok agaknya..hehe

Dalam piknik ni, famili yg terlibat ada la 9 famili…seronok …terutama nya budak2…Cuaca hati ni pun elok…takdela panas sangat. Tapi kiranya panas la juga kan. Sebenarnya ada la program2 yg di aturkan untuk kanak2 dan orang dewasa…tapi disebabkan masing2 seronok dan sibuk dok mengalih barang2…(hehe air pasang) tak sempat la nak main nya…Cuma game untuk kanak2 success la…tak de apa…nak bagi diorang seronok dan piknik yang tak boring…

Cikgu besar kita sedang bagi arahan kat budak2...cepat...cepat...buat barisan...





mmm ceria jer si kecik nie...dapat main pasir..mandi pantai...hehe


Posing ngan Hilal...



TApi yg paling bestnya si kecik sorang ni…HUmaira…mmm penat je dok kejar dia…pantang lepa mesti nak ke laut…cuaca best…ombak pun cantik…apa lagi..tak de nya nak hirau game kea pa ke…lagipun mana la dia nak faham lagi kan…TApi seronok tengok dia…mmm last sekali basah kuyup la..nak menuggu ke petang, 3 kali mandi Si Humaira tue..sejuk…bagi dia makan..keringkan badan..siap tdo lagi tue…tak tahan betul anak aku…ni…bangun tu sempat lagi pergi main air lagi sekali…besh…dalam kol 4.30 ptg..kami terpaksa siap2 kemas2 sebab air dah makin pasang…tue pun dah siap angkat khemah jauh ke tepi…kalau kuar lagi lambat, nanti takut kereta plak sangkut…naya…4wd ok la kan…


Ni chef2 penting kami...posing..tapi jangan sampai hitam ayam tue...

dah sejuk...posing la sat...




HAi..nak main air lagi ke sikecik nie...




Rombongan cik kiah...


TApi nak dijadikan cerita, kereta kami lak sangkut, masa sibuk2 nak alihkan kereta tue..mmm tak tau salah teknik ka…tunjuk terer ka…punya la berpeluh masing2…Alhamdulillah akhirnya bantuan tiba…ada seorang warga Australia nie …(aku agak…)sanggup nak tolong tarik kereta kami…tq..kalo tak tdo kat pantai la…tak yah susah2 nak bukak khemah dah kan…heheh
Walau apa pun hari ni memang best dan Humaira sakan berjemur tengah panas…



Humaira penat main pantai...sampai tertido...


Bangun tdo...sambung main lagi si Humaira tue...nun jauh ngan papa dia...

Dah menggigil...tue...jom la..hari pun dah petang...jom balik...


Dah siap packing baru...bersedia nak bertolak balik...jom2 karang kereta sangkut lagi...



Pemandangan balik...sempat lagi ni solat Maghrib kat umah....
Kalo takde aral..ada masa...bley la kami repeat lagi ke sini...

Tuesday, January 6, 2009

Summer Holiday - Day 2


Day 2 (1 January 2009, Thurs)

Summer yang dingin…

Happy New Year kepada semua…mmm cuaca hari ni sangat la sejuk nya…xtau la bpe degree…mungkin 15 kot…mungkin rendah lg kot...sejuknya cam winter…program hari ni menikmati pemandangan kat Port McDonnell (masih lg dlm SA) dan Victoria - Portland, Port Fairy dan Warrnambol (whale watching).


Ni pemandangan biasa kat sini..ye la...Australia kan antara pengeksport produk tenusu...







Port McDonell…


...merupakan historical port kat South Australia...antara tarikan nya adalah lobster...masing2 dah mengidam nak makan lobster…kat sini sebarang tangkapan mesti mengikut saiz…kalo kecil dari saiznya kena lah lepaskan balik…issyyy kalo tak naya jer kena saman…kalo ikut info..lobster nie harganya aud120perkg…mmm tapi kat sini kami dapat aud55/kg…ok la…so utk melepaskan kempunan masing2..kami beli la seekor…1.5kg…mmm merasala makan lobster..ekekek…




Bergambar kat Port McDonnell...sejuk...masing2 tak prepare bawa baju tebal...mmm menggigil la...


Papan tanda peringatan dan syarat2 nak tangkap si lobster nie...



Perhatian : ni bukan lobster yg kami beli atau tangkap...salah satu lobster yg ada kat kedai 5star...



HAri dah semakin meninggi...kami meneruskan perjalanan ke Warrnambol…dalam perjalanan singgah jap kat Bridgewater…bergambar dkt windmill…tingginya lebih kurang 50' (mengikut pandangan mata kasar)………..dan kami lunch kat Bridgewater Beach sekadarnya…brrr sejuk yg amat…kitrg tak bawak ler baju sejuk yg tebal2…kan summer…tak sangka plak cam gini sejuknya…Sebelum tu kami berposing kejap kat Cape bridge water blowhole...menikmati keajaiban Blowhole...terjadinya blowholes ni disebabkan ada gua kat dlam laut tu...dan bila ombak menghempas kat gua tue maka terjadilah blowholes...ketinggian air naik ke udara tu bergantung kpd kekuatan ombak...








Bawah : Antara pose kat area Discovery BAy, MArine NAtional PArk


Cape Bridgewater Blowhole...ingat nk upload video...tapi xdpat...xpela...



Port Fairy

…singgah sat kat Port Fairy…tak sempat nak posing pun..ramai la org memancing kat sini…rehat untuk seketika sahaja…lagipun sudah kesuntukan masa…tapi sempat la amik gambar eckidna...salah satu haiwan yg terdapat di Australia ni...



Perjalanan diteruskan... ke Warrnambol... whale watching…Warrnambool ni dikenali sebagai “Victoria’s Southern Right Whale Nursery”...tempat whales ni akan ditutup jam 4.30ptg…
Yang bestnya kami elok jer sampai kat beach ni jam 4ptg…hehhe tapi yg lagi bestnya whales plak takde…spesies whales akan berada kat sini pada bulan June hingga Oktober…la melepaslah lagi…xpe la…byk2 menda tak settle ni..memang nak kena mai lagi…hehhe…kata hati nak mai lagi…tapi apa plak kata poket???huhu…








Jangan tertipu...ni hanya lakonan semata2 hehe...ye la..kan whalesnya takde...layan je la...


MAsih awal lagi kami kat sini…so jalan2 jap…singgah tgk view jap kat tower hills…tp disebabkan sejuk sgt…pastu hujan plak tue…cam susah la sikit…bukannya aper…kesian dkt Humaira la…tapi geng lain steady jer….

Untuk melengkapkan lagi perjalanan …singgah sekejap kat Breakwater…Cantik kat sini…tapi sejuk…Humaira dah lena dlm kete…nasib baik gak…kalo tak sejuk sgt nak bawa dia kuar…lagipun hujan dan angin kencang la juga…tak tau la bpe km sejam nya…so turn papa la plak jaga Humaira dlm kete…hehe…


Layan Blues...



Kitrg kat sini tak lama pun…berkejar nk balik sebelum malam…sempat la sembahyang jamak kat chalet nanti….dalam perjalanan balik, kitrg singgah jap kat Lavender Park…LAwanya lavender...purple jer semua…tapi tak sempat nak bergambar…Cuma Dr jer sempat…klik2 dengan kameranya…memang Dr dan kameranya tak dapat dipisahkan…hehe

Dinner kitrg malam ni apa lagi…lobster la…nyum nyum…

malamnya papa n the gang pegi memancing….



Perjalanan hari ini...





View Larger Map

Summer Holiday - Day 1

Summer Holiday - Day 1 (31 Dec 2008, Wed)

Tahun ni kitrg pergi bercuti ke Mount Gambier dan seterusnya Victoria…malamnya kena la siap2 apa yg patut…dah lama tak pergi bercuti…bertiga plak tue…persiapan sikecil tue mestila lengkap..kalo tak naya plak nanti…berjam-jam dlam kereta risau gak…nak plak semlm kena flu…adoi…risau ibu nih…

Trip kali ni 3 buah kereta… kitrg join ngan Dr. & K.Nana…Kami bertolak dari Adelaide lebih kurang pukul 8.45am…kalo mengikut perancangan pukul 7 dah kena bertolak…tapi dlam kol 7 tue dr rumah lah kan mmm biasala…dingdong2x…mmm lewat la sikit…tapi masing2 dah excited nak pegi holiday…terutamanya org baru cam kami ni…tak pernah lagi la travel sejauh ni semenjak dok sini…dari Adelaide ke Melbourne lebih kurang 12 jam..hai jenuh gak driver…penat tue…tapi dlm perjalanan nak pergi ni ok la..sebab destinasi pertama kami kat Mount Gambier…(Ω4jam) kami akan berada disini 2 mlm…kat Limestone Coast Taurist Park…

2 jam perjalanan kami berhenti makan (brunch) kat Keith…mana2 yg penat bleyla rehat sekejap…makan2…mmm Humaira la lega…adoi siap nangis dlm kete..tak nak dok dlm car seat dia…xtau la apa nak buat..pujuk2 gitu jerlah… hai jenuh gak la K.Nana nak pujuk Humaira tue…

Perjalanan diteruskan…pemandangan kat kiri kanan jalan okla..takdela boring sgt…lagipun first time tengok kan…tapi yg boringnya…takde la hijau2 nye…coklat jer semua….(takdela semua…ibarat kata la kan…) sekarang ni kan summer…mungkin cuaca panas menyebabkan semua nya kering…tapi hari ni tak delah panas sgt…sejuk jer…Alhamdulillah..kalo panas lagila rimas si Humaira tue…

KAmi selamat sampat kat Limestone dlm kol 2pm…mmm nasib baik ade GPS…takdelah sesat…hehe cuak gak mula2 tue…sebab GPS menghala ke arah jalan tanah merah…cam ntah kat mane2…akhirnya sampai la jugak…hi ni nampak gayanya kena la gak cari hp GPS..hehhe takde la tergagau2 cari dalam map kan…kehkeke

Pukul 4pm kitrg ready nak kuar pegi Umpherstone Sinkhole…Kalo ikut sejarah nya sinkhole ni terjadi disebabkan pemendapan tanah...



Sesampainya kat PArk...terus je posing..kiranya sculpture ni menyambut kedatangan kami la kan...






Ni pemandangan dari atas...cantik kan...nak plak tue angin sepoi2 bahasa...hehe



Bunga2 tersusun indah...colourful...(kalo nk tau lebih byk pasal bunga kena la jenguk2 blog myhubby...hehe tue pun kalo dia update...) tapi jaga2 kat sini banyak lebah...



Ni signboard yg menceritakan camaner terjadinya pemendapan tanah ni...




Blue Lake


Kemudian kami pergi Blue Lake…mmm ni tempat yg kitrg excited nak pergi…Blue Lake ni adalah terbentuk dari kawah gunung berapi kat sini...dan satu-satunya tasik kawah gunung berapi yg airnya memang biru kat sini…dan juga sumber bekalan air penduduk kat sini...


Sesampainya kat tasik ni...Ya Allah…memang cantik pemandangan kat sini…cantik sangat….dan memang airnya biru sangat…tapi langit hari ni tak dela sebiru air tasik…kalo cuaca baik…airnya lagi biru…mungkin reflection dari biru langit…kalo berlama-lama kat sini mesti bestkan…buat outdoor aktiviti..jogging ke…picnic ke…mmmm…nanti kalo ada rezeki..ada ruang waktu…bleh la kitrg datang lagi…Air tasik ni akan berubah warna pd bulan April - November (mungkin cuaca sejuk)...mungkin tak sebiru cam musim panas kot...kalo nk tahu gak kena la mai sini lg musim sejuk nanti...hehhee....




Ni pemandangan first outlook yg kitrg pergi...masa ni Humaira masih tdo...hehe


Happy la Humaira...cuaca sejuk berangin cam nie...tapi menggigil gak la...ni second outlook...





Lagi pemandangan Blue Lake dari perkspektif berbeza...






Humaira kat Browne Lake...airnya hijau coklat...



dah haabis posing kami ke destinasi seterusnya…Cave Park…

Dekat CAve PArk ni pun lawa gak....teruja kejap kitrg kat sini…masih byk lagi bunga2 kat taman ni…mungkin disebabkan kitrg tak sempat nak pergi taman bunga masa spring lepas….so bila dah tgk bunga yg cam gini lawa…memang best la…tak habis2 posing…




Ibu...papa...cantiknya flower kat sini...





Ala-ala kuch kuch hota hai la plak si Humaira nie...






HAri dah makin gelap..yg bestnya berjalan masa summer ni…siang panjang…pukul 8.30 malam hari masih lagi cerah….sebelum balik ke chalet kitrg sempat lagi singgah ke Woolies…beli apa2 yg patut…

Malam ni New Year…tapi kat sini takdelah sambutan tahun Baru...masing2 tdo awal…penat barangkali…peace….Untuk semua famili..kawan2…SELAMAT TAHUN BARU….Semoga bermulanya tahun 2009 kebahagiaan…kejayaan….ketenangan …dan rahmat Allah sentiasa memayungi kalian semua…Ameen…