Sunday, September 6, 2009

Happy Father's Day

Selamat hari bapa untuk semua yang bergelar bapa...waaa hari ni kaum bapa boleh rileks je kat rumah...diberi mandat sehari untuk x yah tolong isteri...hehe isteri jgn marah...bg lah can kat kaum bapa cuti sehari meraikan hari diri sendiri...tapi untuk sehari jer tau...esok lain cerita ok....

Selamat hari bapa untuk my beloved hubby...untuk papa aku yang tersayang, abah mertuaku, adik abang aku yang dah bergelar bapa...dan semua bapa2...








HAPPY FATHER'S DAY SPECIAL TO MY HUBBY...




(to my hubby - u can't continue read this special card here...not in cyber world...tungguuuuuu.............................luv u much!!!)

Thursday, September 3, 2009

Iftar

Cepatnya masa berlalu...hari ni dah 13 hari puasa...tahun ni puasa kat sini lebih meriah berbanding tahun lepas. Almaklumlah tahun lepas kiranya kami baru lagi kat sini...tak kenal orang lagi...kereta pun tak de lagi. Kalau nak pegi ke mana2 tu agak susah sedikit. Kalau tahun lepas berbuka puasa selalunya kat rumah. Bertiga. Kadang2 kalau hubby balik lambat, berdua aje dengan Humaira. Memang ramadhan yang menyedihkan bagi aku. Itulah namanya musafir.


Tahun ni selang sehari je mesti ada jamuan berbuka puasa dan sembahyang terawih beramai-ramai. Nak pula ada mufti datang menjenguk anaknya kat sini, sedang elok bulan puasa, jadi kami beramai-ramai mengambil kesempatan berjemaah bersama dan seterusnya diikuti tazkirah. Alhamdulillah. Malam-malam mulia bulan Ramadhan sedikit terisi dengan majlis ilmu.


Yang bestnya juga birthday aku juga dalam bulan Ramadhan. hari ke empat bulan Ramadhan. Tahun ni takde candle light dinner la. Tapi lagi best berbuka puasa beramai-ramai. Terima kasih semua kawan-kawan.... dpt kek birthday...hehe