Saturday, May 16, 2009

papa's bday @ Glenelg

11 May 2009 @ Oyster Shop
Happy Birthday papa...tapi kiranya pada tarikh published ni dah belated bday la. Tak berkesempatan nak siapkan blog. Ceh bznya mengalahkan orang belajar. Hikhik...
ni Humaira masa perjalanan nk pergi Glenelg. Ala bukannya jauh pun. 15 min jer. Tapi punyala ngantuk, masuk kete terus tdo. Awal lg kami pergi, lepas MAghrib. Sekarang ni MAgrib semakin awal. Kol 5.20 dah masuk Maghrib. Almaklumla bila dah tgk hari gelap, mata pun mula la nganuk...huhu


Happy Birthday papa/ Ni nampak hepi birthday boy...hikhik...


Sampai kedai pun masih lena....




Akhirnya bangun gak si HUmaira ni. KAcau2 sikit....jaga la dia....



Tak sabar lak nak makan...yummy...




Sedapnya...Fish n' chips kat sini antara yang terbest la kat area sini...tapi memang best...HArga dia pun bleyla tahan. Sesekali makan tu bley la...kalau selalu tak tau nk kata la kan...



Barramundi grills..



Fisherman's basket...menu dia Butterfish fish n' ship...



Sekitar Glenelg Jetty...


Sejuk la ibu...







BAngunan lama... Town Hall




Sempat lagi makan aiskrim...Coppenhagen ice-cream...wlaupun tak pernah pegi sana...hehhe kat sini pun ok la...














Monday, May 11, 2009

Selamat Hari JAdi...

From Birthday papa

SElamat Hari Ibu

Selamat HAri Ibu...untuk mama dan mak tersayang...hahha dah wish kan semalam...tapi tak sempat nk update blog. BIasala...hari Ahad kdg2 bz sikit...hik hik
Dam juga selamat hari Ibu untuk kak Long, adik2 ku dan juga adik2 ku yang bakal bergelar ibu tak lama lagi...Juga Selamat HAri Ibu untuk diri sendiri dan semua yang bergelar ibu....

Semalam g kenduri kawin...meriah la...first time kami pergi kenduri kawin...tapi majlis resepsi je la. PAgi2 biasa la pergi carboot sale. Ntah la cari apa nya...tapi setiap minggu nk kena pergi...kdg2 jalan2 jer...

Saturday, May 9, 2009

Sapa suka corning

Spices of Life...The most popular design...


makan-makan

Semalam ada majlis makan2...potluck...menu malam ni NAsi Lemak Antarabangsa...hai rindunya nasik lemak mama...nasik lemak mali corner...tempat aku ngan hubby suka makan dulu...majlis ni saja jer la...mengeratkan silaturrahim...dan sempena meraikan tetamu dari Malaysia. Lawatan seorang kakak untuk adik dan ibunya kat sini...bestnya...nanti kalau ada peluang nak gak bawa famili aku mai jalan2 ke sini. Tahun depan mama dah pencen, kalau ada rezeki bleyla lepak kat sini jap. Mak ngan abah takpe, dua2 dah pencen...hehe nanti ader rezeki bley la mai jalan2 sini gak...Insya Allah semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen...

Ni masa majlis ni masing2 dok pakat pakai tudung Ekin. Mmm glamer gak Ekin Mawi ni...sampai ke sini...Tapi apalah sangat Adelaide ni kan...dekat jer ngan Malaysia...
Citer pasal dekat ni...ramai warga2 MAlaysia nak balik tahun nie. Ader yang balik bercuti, balik wat survey, bAck for good...mmm rindunya MAlaysia, tak sabar dah nak balik nie...kalau rajin godek internet, dapat la tiket murah...tapi kalau dari Adelaide terus ke KLIA tak banyak, tapi bley dapat la...

Balik nanti kami transit ke Perth. Kebetulan dapat tiket murah ke Perth. Okla. Sambil tue bley la jalan2 kat Perth kejap. LAgipun tak pernah lagi sampai ke Perth...


Gambar ni takde kena mengena dn majlis makan2...hehe cuma sdg menggayakan tudung Ekin MAwi...

Thursday, May 7, 2009

Goolwa Beach

From Goolwa Beach...


Cerita esoknya…selepas Aldinga Beach...

HAri ni kami repeat lagi…tapi kali ni ke Pantai lain plak..cari cockle…ke pantai Goolwa , tapi hari ni kami kongsi kereta…disebabkan kereta kami mengalami masalah sikit. MUngkin disebabkan kereta sangkut dalam pasir semalam…tak berani la gak nak bawak jauh2…kitarong pergi tak ramai…dalam 4 famili ajer….dalam kol 11 kitorang gerak…

Cuaca elok hari ni…tak hairanla kalau ramai yang mandi-manda…kat sini ombak bleh tahan kuat. So ramai la yang surfing…mmm tengok diorang surfing besh jer…kecik2 lagi dah diajar surfing…bagus betul diorang nie…mmm hari ni cuaca terlalu windy…sejuk tapi cuaca elok…

Humaira cam biasa la…excited sungguh. Mungkin teringat semalam tak habis lagi kot…syok la tue main ombak…siap mengejar ombak dan di kejar ombak lagi…senang hati tengok dia…

Tapi hari ni lagi best siap berguling2 dalam pasir lagi..tak tahan betul…Cuma dia senyap jer lepas kena pukul ombak…ngan ibu2 dia sekali…terkejut sat…dah siap2 mandi…makan…ingat kan dah tak nak main…apanya…masih lagi teringin nak menuju ke pantai…hai…budak2…apa diorang tahu kan….?

Kami ber BBQ…seronok…sambil mencari cockle…tapi tak banyak…mungkin di sebabkan air pasang…tapi bukan setakat kami sahaja yg dok tergali2 pasir…agaknya kebanyakakan yg datang sini pun ader niat mencari cockle sambil mandi2 dan surfing…mmm

Lepas Asar kami bertolak balik…tapi sambung lagi dinner dan ber BBQ kat rumah KAk Aisyah…hai…hari yang panjang tapi menyeronokkan…terima kasih kawan2 semua…..daaaaaa
Posted by Picasa

Monday, May 4, 2009

Cerita Mayraa

kat klinik...


Hari ni Humaira tak pergi school...terpaksa batalkan sebab dia tak bpe sihat lagi. mmm risau gak ni. Hari ni dah masuk hari ke-6 dia demam. TApi Alhamdulillah...pagi ni nampak dah ok....HArapnya demam dia dah baik la hari nie....Semalam beriya juga badan dia...panas...cuaca sejuk sekarang ni...kesian my little Mayraa...



Hari sabtu lepas kitorang pegi klinik...Morphett Ville Medical Centre...kiranya ni fiest time pergi jumpa doktor officially...biasa la kat sini setakat demam2 biasa pergi farmasi jer, beli ubat. Ni sebab dah 3 hari tak baik2 lagi, risau juga kan...




Humaira cam biasa la...jumpa jer Dr. , mmm menangis nya mak oiii..kesian la plak aku tgk anak aku ni...mmm kata Dr. dah ader jangkitan kuman sikit dalam telinga...mungkin sebab batuk, kahak tak leh keluar...jawabnya makan anti biotik lagi....hai risaunya mak oiiii...tak tau nak citer...Aku ni kiranya dah risau tahap gaban...ye la teringat dia kena warded seminggu last year....mmm kami doakan moga Humaira sihat2 walafiat sentiasa...Ameen

mmm satu lagi...agaknya dia nak tumbuh gigi kot...gigi geraham. tue la agaknya sampai demam tue...


Haaa..hari ni utk bfast aku wat kuih keria...hehhee aku belajar ngan member2 kat sini...tak la susah sangat...tapi sebab tak pernah buat kan...ye la kalo kat mesia hehhe tak de masa nak buat, lagipun sumber banyak...pagi2 beli je la kat kedai. Tapi kat sini kalo teringin nak makan, terpaksa la wat sendiri...mmm kira ok la...jadik. Setakat kami nak makan...hehe



ni la rupanya kuih keria aku..hehhe